Tujuan menulis bukan untuk menagih simpati sesiapa.
Sekadar berkongsi satu pengalaman.
Jumaat malam , balik dari dai , terasacam nak bukak fesbuk.
Tulis status pasal mati.Tatau pasal pa,sayu ja perasaan malam tu.
Kebetulan sebelum sampai rumah ternampak orang tua lelaki kat depan Life.
Teringat kat wan.
Balik rumah,mein komputer jap.Tido.
Pagii dikejutkan dengan miskol dari private number dari Malaysia,terus telefon rumah.
Rupanya wan dah tak dak.Masih blur.Otak kosong.
Suruh adik buka skype.Nampak tok wan macam tengah tidur.
Masa tu baru datang sebak.
Oh, mana minggu depan ade happyou.Saisyuu pulak tu.
............................................
Aku memang sayang tok wan.
Memori aku lebih banyak dengan tok wan berbanding orang lain.
Cucu sulung tok wan.
Puasa hari pertama aku tok wan yang bagi duit.
Hari pertama pi sekolah , tok wan yang teman.
Kasut raya pertama yang aku nak sangat2 tokwan yang belikan.
Gambar pertama aku di kedai gambar Soo ,wan yang bawak pi ambik.
Walalupun tok wan bukan ada duit sangat tapi dia tak pernah cakap tak dak duit.
Even baju baru Melayu dia pun dia beli hasil kumpul duit semayang mayat kat kampung.
Oh!!Betapanya sabar dia kumpul.Sedangkan orang lain dengan mudah menghabiskan duit beliau.
Tok wan buat bendang.Dulu-dulu kalau musim kerat padi,selalu wan akan bagi zakat.
Dalam dok buat bendang tu kadang2,motor jatuh sungai la.Macam2.Hujung minggu pi kampung tengok2 motor da masuk bengkel.
Tanya pasal pa,jatuh sungai.Tapi wan tak pernah cakap kesusahan dia.
Dia hidup basa-basi dia dengan tok.
Tak pernah nak komplen apa yang orang buat kat depa.
Hidup tok wan kalau ada roti sekeping pun dah cukup.
Ingat lagi masa mak bersalin kat Hospital Alor Star.
Wan belanja aku makan nasik tapi bila nak bayar tak dak duit.Bukan apa dompet tertinggal kat arwah tok.Puas kena maki dengan orang gerai tu,wan pi ambik duit kat tok.Tapi wan memang tak pernah melawan.Diam saja.
Wan bukan orang pandai.Tapi dia tak pernah ajar aku melawan cakap orang lain.
Bila kena maki atau kena marah dia diam , tunduk ja walaupoun kadang2 terketar-ketar orang tu takut.
Tabah gler..pada aku ..
Aku bukan datang dari family yang ramai intelek,ramai orang kerja besar.
Tapi kami tak pernah pandang hina orang lain sebab kami tau macam mana perasaan dipandang hina tu..
Aku sedih sebab yang tinggal sekarang hanyalah memori bersama tok wan.
Tak dak lagi dah sapa2 kat rumah tu yang aku buleh kerat kuku dia,yang buleh aku mandi dia bila balik kedah nanti.
Tapi aku harap kain pelikat tok wan dan baju melayu beliau masih ada .
Untuk kenangan aku....
al-fatihah.
ReplyDeleteanis, sabar ye. moga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. doakan byk2 tuk arwah di sana. chaiyok2 dear!
takziah anis.
ReplyDeletesabar banyak2 ye. B.E.R.T.A.B.A.H
anis..smoga roh tok anis jua ditempatkan di tmpat2 orng yg beriman dan harap anis jgn cepat putus asa..sesungguhnya Allah syng sngat dgn tok anis tu..
ReplyDeleteJgn cdih2 anis..klu ad ap2 masalah let us know k..
Ganbare anis!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletebykkn bersabar ye anis.ak pn xleh byk klu nenek ak xde.hmmmm...doa byk2 moga arwah bhgia di sana.AMIN
ReplyDeletesalam anis...takziah atas kehilangan tok wan..insyaAllah segala kebaikan wan anis tu akan dibalas seadilnya oleh-Nya.yg penting, doa dr anis utk dia..
ReplyDelete-yg sentiasa merindui hurunain; k.aimi-
tersentuh pulak baca entri ni. =')
ReplyDeletetakziah (wpun mcm da lambat) n byk2 sabar..
nway yg psl last tu, aku setuju dgn pndgn ko psl x pandang hina orang lain..sbb sdri tau mcm mana rasanya kan..sbb tu kdg2 rs btuah jugak kalau pnah alami berada "kat bawah" ni, supaya kita sntiasa sedar n beringat.
life goes on. be strong. anis blh buat!