18.3.10

Kadang-kadang dalam hidup kesedihan itu akan menjadi teman kita untuk beberapa ketika

Aku memilih untuk datang ke universiti di mana aku seorang diri pelajar perempuan di dalam Fakulti ini
Ya,Anis,kamu telah memilih jalan ini
Jadi mengapa sekarang kamu harus sedih kerana tidak dapat pergi ke Graduation Ceremony esuk
Hanya Tuhan yang tahu betapa hati ini luluh
Ketika entry ini ditulis aku tidak dapat menahan air mata
Di ketika orang lain berdebar menanti hari esuk
Aku berseorangan di sini,menangis mengenangkan nasib diri
Dipandang pelik oleh orang lain
Kadang-kadanga aku dapat menerima hakikat sebagai anak dagang
Tetapi aku juga menerima hakikat bahawa aku manusia
Tidak harus orang-orang di sini memandang pelik terhadap aku
Hanya kerana aku berjilbab
Oh,mungkin susah bagi orang lain untuk memahami situasi aku
Aku di universiti yang orang Islamnya tidak mengikut ajaran agama,yang Islamnya meneguk air haram
Yang terkesan oleh perbuatan mereka adalah orang seperti aku
Selalu aku ditanya,mengapa dia boleh minum air haram itu,mengapa dia boleh makan daging dan ayam yang disembelih oleh orang bukan Islam
Perihal aku memakai jilbab???Oh,sudah pasti sesutu yang aaaammmaattt pelik pada mereka...Bisa diumpamakan jika mereka memandang aku , mereka tidak pandang dengan sekali pandang,tetapi dengan pandangan seolah-olah di dalam dunia ini tidak wujud manusia yang berfesyen sedemikian...
Jikalau kadang-kadang aku boleh menerimanya,tetapi jika selalu aku naik rimas dengan gelagat sebegitu..Aku rimas...Umpamanya di bumi Allah ini,di tanah yang mereka duduki ,aku adalah PENDATANG HARAM....walaupun aku tahu aku bukan pendatang haram..tetapi aku rimas...akuu ingin lari dari pandangan sebegitu....ingin lari jauh...tapi apa aku punya pilihan?.Tentu sekali tidak...Tentu sekali tidak....
Aku harus kuat menjalani segalanya,aku harus...
Aku harus kuat melangkah esuk
Jika bukan demi masa depan,demi ibuku....
Sekurang-kurangnya...
Dan ketika ini air mata ini masih mengalir laju...
Seolah tidak dapat berhenti lagi....
Dan aku menunggu fajar menampilkan sedikit harapan untuk aku di hari esuk...

3 comments:

anda prihatin??