23.2.12

Salahkah aku , bila aku mula memikirkan tentang diri sendiri.

Tahun ini, aku bakal berusia 25 tahun.
Macam-macam konflik dalam diri.
Kerjaya, kehidupan peribadi.
Adakah alam kerjaya nanti akan berjalan lancar bagi aku ?
Risau...
Buat masa sekarang, aku terpaksa mendiamkan diri dan memendam perasaan.
Samapi bila harus aku sembunyikan perasaaan dendam yang semakin membengkak ni , aku sendiri pun tak tahu...
Buat masa sekarang aku lebih banyak mendiamkan diri, walaupun aku tahu hakikat kehidupan ini pahit ...
Daripada pengalaman masa lalu aku, adalah lebih baik diam daripada berkata-kata...
Aku bukan jenis manusia yang berfikiran positif sangat ...sebab aku tengok orang yang berfikiran positif ni , dia memang happy tapi orang sekeliling dia yang tensyen...bukan semua macam tu, tapi ada sesetengahnya macam tu ...
mungkin dia rasa dia bagus...
tak apalah kalau dia bahagia macam tu ...
jangan sampai menyusahkan orang lain sudah
..................................................................................
Pahit itu menjadikan sesuatu sukar ditelan ....
Tapi , pahit itu ubat...
Merelakan diri menelan hakikat kehidupan yang amat pahit...
Diri sendiri tak sama macam orang lain .....
Aku tak menuntut orang lain faham
Tapi jangan paksa aku jadi macam kamu...
aku bukan kamu
dan kamu bukan aku
jangan kacau hidup aku
..................................................................................
hidup umpama kain
bila cantik diguna oleh orang
bila buruk orang guna buat lap kotoran
aku terhiris
bak kata pepatah
tertarung kaki boleh diinai , tertarung hati susah ubatnya ... maksudnya hati aku pedih ..

.................................................................................
aku tak tahu macam mana nak layan orang yang
suatu ketika dahulu pernah layan kita macam kain buruk
tapi tiba-tiba baik dengan kita sebab nak sesuatu
serius aku rasa menyampah dan susah nak memaafkan orang macam ni
dan perasaan menyampah tu terpamer dari riak muka aku
serius aku tak pandai nak sembunyikan perasaan macam ni
dalam kepala "pehal lak minah ni tup-tup nak baik ngan gwe pulak"
serius, aku manusia aku bukan hipokrit nak menyembunyikan apa yang aku fikir , this is just a sincere thought...
aku memang takkan cakap baik2 dengan orang macam ni
SEBAB AKU TAK PERNAH LAYAN ORANG MACAM NI!
DULU MASA AKU LAYAN BAIK-BAIK korang cakap kasar-kasar dengan aku
main-mainkan aku
dan sekarang aku susah nak bagi muka dekat orang macam ni , susah sangat
aku benci diri sendiri sebab aku sakit hati dengan orang macam ni
aku cuma perlukan masa untuk semua benda ni hilang dengan sendirinya.
>>>sekian luahan perasaan jiwa kacau aku buat masa ni ...

hati aku menjerit bagai, aku mahu jadi manusia yang gembira macam orang lain ,
tapi jeritan tu bagai berseru di padang pasir, jeritan yang tidak diendahkan orang...
ahhhh, manusia memang suka memilih , bila susah baru cari aku...
.......................................................................................................................

2 comments:

  1. Ummu Aish, rindu kamu!!! Wallahi!anak sihat kah? makin comel baby boy tu .. hisashiburi da ne,kerja sini , doakan saya ya.

    ReplyDelete

anda prihatin??