9.1.09

kek coklat January ...haha..modified gune bahan2 yang ade kat rumah

Bahan A
1. 2 biji telur
2. 2 cawan gula
3. 1 cawan minyak jagung

Bahan B
1 sudu kecil vanila esen
1 1/2 cawan VAN HOUTEN CHOCOLATE DRINK (goncang sebelum tuang)
1/2 cawan air bancuh dengan 2 susu ekstrak kopi@nescafe@ape2 saje jenis kopi yang bukan 3 in 1

Bahan C(nak senang masukkan bahan ni dalam plastik makanan , goncang sambil nari2 pastu ayak dalam mangkuk)
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tpg gandum

Cara membuat nya..
Sebelum buat step bawah ni satukan Bahan B dalam satu bekas dan Bahan C dalam bekas yang lain.Dekat step bawah ni ada anggaran masa untuk memudahkan amatur..kang marah lak kek tak jadi kalau tulis bahan saja..
  1. Menggunakan hand mixer pukul telur sampai kembang ataupun pukul selama 3 minit dengan kelajuan yang makin meningkat.
  2. Turunkan kelajuan hand mixer sikit2 sampai benti terus.
  3. Masukkan gula dan teruskan pukul selama 2 minit.
  4. Masukan minyak masak dan pukul selama 2 minit lagi.
  5. Masukkan Bahan B dan Bahan C secara selang seli.Adalah lebih baik semasa memasukkan bahan tersebut gunakan whisk sebab guna hand mixer akan mengotorkan dapur anda.
  6. Bila dah sebati, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.NOTA>kepanasan oven depends pada oven korang..ada orang kalau oven nye rasa panas sangat gne 170 darjah je..

p/s:ni resipi kek saja..Ganache resipi lain..

6 comments:

anda prihatin??